Isnin, 8 Oktober 2018

Pelabuhan Klang dijangka catat paras air laut tertinggi mulai esok

Manzaidi Mohd Amin

Ombak besar yang mencetuskan paras air laut tertinggi dijangka berlaku di Pelabuhan Klang mulai esok.
Ombak besar yang mencetuskan paras air laut tertinggi dijangka berlaku di Pelabuhan Klang mulai esok.

KUALA LUMPUR – Pelabuhan Klang diramal mencatatkan paras air laut tertinggi bermula esok hingga Khamis ini.

Menurut kenyataan Unit Pengurusan Bencana Negeri, Smart Selangor Command Centre (SSCC), ketinggian paras air laut itu dijangka mencecah 5.6 meter di pesisiran pantai.

Katanya, Selangor juga diramal hujan pada paras tertinggi berdasarkan maklumat daripada Pejabat Meteorologi Malaysia sepanjang Oktober ini.

“Kerajaan Selangor telah mengarahkan persediaan menghadapi bencana tahap tinggi dilaksanakan membabitkan Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

“Sekiranya berlaku hujan lebat dan angin kencang, risiko berlaku banjir dijangka meningkat,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk yang tinggal di kawasan berisiko dapat mematuhi arahan Pihak Berkuasa Keselamatan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: