Isnin, 8 Oktober 2018

Chong Wei selamat tiba di tanah air

THE MALAYSIAN TIMES
 


SUBANG: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, malam tadi, setelah selesai menjalani rawatan kanser hidung di luar negara.

Beliau yang menaiki jet peribadi tiba pada 9.15 malam dan dilihat menaiki sebuah daripada empat kereta mewah yang mengiringinya setelah keluar dari pesawat Asia Jet, perkhidmatan jet peribadi.

Chong Wei yang disahkan menghidap kanser hidung tahap pertama menjalani rawatan kira-kira dua bulan di Taiwan.

Beliau dibenarkan pulang hari ini oleh doktor yang merawatnya.

Chong Wei enggan ditemu bual media yang menanti kepulangannya.

Sejak pagi, beberapa media tempatan menunggu kepulangan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Masalah kesihatan pemain berusia 36 tahun itu mula menjadi perhatian ramai selepas beliau menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia di Jakarta-Palembang 2018, bulan lalu.–Bernama

Tiada ulasan: