Rabu, 3 Oktober 2018

Najib dipanggil polis lagi...


Najib dipanggil polis lagi...
 
 
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disoal siasat hari ini.

Difahamkan, Najib akan hadir ke Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla), PDRM, Menara KPJ, Jalan Tun Razak pagi ini.

Ketika ini, pihak media sedang menanti kehadiran Ahli Parlimen Pekan berkenaan.

Selain kehadiran media kelihatan juga beberapa orang penyokong Najib bagi memberikan sokongan kepada bekas perdana menteri itu.

Ini adalah kali keempat Najib dipanggil memberi keterangan kepada Unit Amla berhubung siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.

Beliau sebelum ini pernah dipanggil pada 20 September serta 27 dan 30 Ogos lalu berhubung siasatan kes sama.

Tiada ulasan: