Rabu, 3 Oktober 2018

Kes Shafee dipindah ke Mahkamah Tinggi


 Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk memindahkan kes yang dihadapinya di mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi.

Hakim Datuk Azman Abdullah memerintahkan dua kes pengubahan wang haram dan dua kes membabitkan penyata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu dipindahkan selepas pihak pendakwaan dan pembelaan tidak mengemukakan sebarang bantahan berhubung  perkara itu.

"Kedua-dua pihak setuju, maka tiada masalah," kata Azman ringkas sebelum membenarkan permohonan itu.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz bagi pihak pendakwaan memberitahu mahkamah, pihaknya tiada sebarang bantahan terhadap permohonan Muhammad Shafee, 66, untuk memindahkan kes itu ke mahkamah tinggi.

Prosiding itu turut dihadiri peguam Harvinderjit Singh bagi pihak Muhammad Shafee.

[ARTIKEL BERKAITAN: Shafee mohon kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi]

[ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Shafee dibenar ikat jamin RM1j]

Tiada ulasan: