Ahad, 7 Oktober 2018

KEHADIRAN TUN M BUKTI ANWAR TIADA AURA DI PORT DICKSON


Oleh: Haspaizi Mohd Zain




Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus memberi isyarat Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu tiada aura di Port Dickson.

Malah, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata mengakui yang Perdana Menteri itu berupaya menarik orang ramai keluar mengundi.

“Mengikut rekod, Tun M (Dr Mahathir) jarang turun membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), termasuk ketika beliau bersama Barisan Nasional (BN).

“Apabila Dr Mahathir membuat keputusan hadir ke Port Dickson, sudah tentu jentera PKR sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran beliau.

“Dr Mahathir akan menyuntik semangat jentera dan pengundi terutama yang berada di luar untuk pulang mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini, yang turut dihadiri Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun di Port Dickson, Selasa.

Sebelum ini Watan Online melaporkan bahawa Anwar sedang panik di Port Dickson ekoran kurang mendapat sambutan daripada pengundi.

Sehingga kini, ceramah Anwar yang dihadiri sekitar ratusan orang dan ia sekaligus memberi isyarat kempen Presiden PRK itu hambar.

Sementara itu, Saifuddin berkata, pihaknya menjangkakan 10,000 pengunjung membanjiri program ceramah berkenaan.

“Kehadiran Dr Mahathir bakal memadam spekulasi mengaitkan beliau dengan Datuk Seri Anwar.

“Ia signifikan dalam melonjakkan jentera kempen dan menyuntik semangat pengundi,” katanya.


Tiada ulasan: