Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan berdepan kira-kira 100 pendakwaan dalam usaha menutup mulut pemimpin UMNO itu.
Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa perkara itu diketahuinya daripada sumber terdekat yang boleh dipercayai.
“Sekarang ini sudah ada 32 tuduhan. Mereka merancang untuk kenakan 100 tuduhan kepada Najib sebabnya inilah cara untuk menghalang Najib bersuara,” katanya kepada pemberita di lobi Menara KPJ, pada Rabu.
Terdahulu beliau hadir sebagai sokongan kepada Najib yang hadir ke Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram agi memberi keterangan berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Lokman dalam masa sama mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) untuk ‘mengurangkan jumlah pemimpin UMNO khususnya sebagai langkah awal menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.
“Saya nak maklumkan selain menggunakan Akta Hasutan, Pakatan Harapan (PH) hari ini setelah ketiadaaan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), AMLA digunakan sebagai senjata utama untuk menekan secara politik khusus kepada UMNO.
“Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dijangka selesai 13 Oktober bermakna suka tak suka Tun M terpaksa menunaikan janji menyerahkan tampuk pemeritahan kepada Datuk Seri Anwar.
“Disebabkan ada kemungkinan sekiranya Tun M tidak menyerahkan jawatan (perdana menteri) kepada Anwar, Anwar akan berpakat dengan parti politik lain UMNO dan PAS.
“Maka hari ini Tun M mengambil langkah awal guna AMLA menekan kepimpinan UMNO,” tambahnya.
Lokman selain itu turut menjangkakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil untuk memberikan keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan