Isnin, 6 November 2017

PM: Jangan politikkan banjir di Pulau Pinang

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan banjir yang melanda Pulau Pinang.
 
Sebaliknya, Perdana Menteri mahu semua pihak supaya fokus terhadap usaha membantu rakyat.
 
"Saya mahu semua pihak berhenti politikkan banjir Pulau Pinang, fokus kini bantu rakyat. Semua agensi kerajaan dan jentera parti perlu sama-sama bantu," katanya menerusi laman Twitter rasminya @NajibRazak semalam.
 
Najib sebelum ini sudah pun mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menyelaraskan bantuan kepada mangsa banjir.
 
Malah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dikerahkan ke Pulau Pinang sejak awal pagi semalam.
 
 

Tiada ulasan: