KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan bahawa Sultan
Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menarik diri daripada menyertai
Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.
Perkara tersebut diumunkan oleh Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Low Beng
Choo yang memberitahu keputusan Sultan Mizan dibuat atas faktor kuda
yang tidak berada dalam keadaan baik.
Sultan Mizan sebelum ini berada dalam kontinjen Malaysia bagi temasya
dwi-tahunan itu menerusi sukan ekuestrian acara kuda lasak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan