Selasa, 15 Ogos 2017

Nothing To Hide 2.0 Tun M : Kit Siang Cabut Awal Sebelum Kekecohan





Penasihat DAP, Lim Kit Siang seperti sudah mengetahui akan berlaku kekecohan dalam program Program Nothing To Hide 2.0 anjuran Armada PPBM sebab itu beliau dilihat cabut awal sebelum berlakunya insiden tersebut.

Memetik kenyataan daripada Facebook Mukhriz Mahathir FC, Lim Sian See merumuskan insiden kekecohan itu berpunca daripada kemelut dalaman Armada sendiri.

“Oh… rupanya orang dalam PPBM sendiri mengaku kekecohan baling selipar dan kerusi di forum #everything2hide Tun Mahathir itu semua rancangan orang sendiri di dalam PPBM.

Mengaku pula dirancang oleh bekas-bekas EXCO Armada cap bunga yang sudah lama tidak puas hati dengan parti sendiri.

“Masalah dalaman parti Cap Bunga sendiri. Ada hati nak tunding jari untuk menyalahkan BN nak sabotaj pula.

“Patutlah NGO-NGO, cybertrooper dan media pro-pembangkang diarahkan untuk cepat-cepat nak salahkan BN untuk menutup kemaluan masalah dalaman parti sendiri,”katanya.

Tiada ulasan: