Keputusan kerajaan Sarawak menghantar pasukan peguam ke London untuk mengkaji perjanjian dan bahan rujukan Perjanjian penubuhan Malaysia 1963 (MA1963) adalah perkara biasa sahaja tetapi jika dilihat dari sudut keperluan kenapa ia berbuat begitu ia meresahkan Kuala Lumpur.
Seperti mana kata Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg perkara itu biasa sahaja, tetapi sudah tentu ia membuat Najib tertanya-tanya kenapa harus dihantar pasukan peguam ketika ini. Dari segi suasana politik pada masa kini tidakan dan keputusan diambil Sarawak itu tidak manis kerana ia memberi implikasi politik dan ia seolah-olah ingin menghantar sesuatu mesej.
Umum tahun Piraum menjelang tiba, Kuala Lumpur pula sangat berharap kepada suasana dan pengaruh BN Sarawak yang utuh untuk membantu Umno-BN di Semananjung. Apabila tiba-tiba Sarawak menghantar pasukan peguam mengkaji perjanjian berkenaan ia boleh disifatkan Sarawak tidak bersedia menenangkan keadaan apa lagi memberi petunjuk kepada Kuala Lumpur yang BN negeri itu setia dan akur dengan kehendak Kuala Lumpur.
Tindakan itu juga boleh disifatkan Sarawak sudah tidak begitu mempedulikan naluri orang Kuala Lumpur.
Seperti mana kata Abang Johari, tujuannya pengiriman pasukan peguam diketuai oleh Menteri Muda Undang-Undang, Perhubungan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayyed Amen Ghazali itu menujukkan Sarawak sedang memikir sesuatu lebih baik untuk Sarawak tanpa mempedulikan kehendak Kuala Lumpur.
"Kita hendak menuntut hak kita," tegas Johari.
Sudah tentu keputusan diambil Abang Johari itu bertitik tolak atas kehendak dan suara rakyat bumi Kanyang. Beliau tidak dapat mengabaikan begitu sahaja suara dan kemahuan rakyat kerana kalau tidak kena cara beliau sendiri akan dilanda rakyat.
Abang Johari hanya berhelah tindakan itu sebagai meneruskan kerja yang ditinggalkan bekas Ketua Menteri Adenan Satim. Ertinya amanat Aden itu perlu dilaksanakan. Dan amanat itu sudah menunjang dalam minda rakyat Sarawak. Itu alasan sahaja kalau beliau obses dengan Kuala Lumpur beliau boleh menangguhkan sehingga selesai Piraum ke-14.
Perkembangan di Sarawak itu tampaknya selari dan senada dengan apa berlaku di Sabah, di mana saat ini sudah timbul dan bergerak gelombang rakyat yang menuntut pembebasan Sabah dari cengkaman tajam Kuala Lumpur yang menggunakan rangka perjanjian 1963 penubuhan Malaysia.
Sabah juga sedang mengkaji dan membuat resolusi positif berhubung isi kandungan perjanjian 1963 itu yang dikira merugikannya malah ada yang menganggap mereka (Sarawak) ditipu lebih 40 tahun secara tektikal dengan perjanjian itu. Kepercayaan itu sangat-sangat membimbangkan dari kontes kesejahteraan Persekutuan Malaysia.
Slogan Sabah for Sabahans bukan sahaja retorik tetapi suatu realiti. Rakyat Sabah waktu ini sedang bersatu melupai sempadan ethnik dan agama untuk membebaskan bumi di Bawah Bayu itu dari diskirminasi Kuala Lumpur. Satu pakatan baru dikalangan pembangkang wujud sekali lagi di Sabah bak merubah landskap politik di Sabah.
Mungkin disebabkan gelombang itu kian meledak di Sabah menyebabkan pilihan raya negeri Sabah yang diura-urakan hendak didahulukan ditangguh untu diadakan serentak dengan Piraum 14. Perkembangan di Sabah dan ditambah suasana di Sarawak itu menakutkan Najib untuk mengumumkan tarikh Priaum.
Perkembangan di Sabah dan Sarawak kian menarik dan mendebarkan dengan langkah Sarawak itu. Apakah dengan keberanian rakyatnya Sabah dan Sarawak ia akan jadi pemandu kepada perubahan politik Semenanjung juga?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan