Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi hari ini bahawa hanya seorang yang "bangang" akan percaya beliau boleh mempengaruhi Jabatan Kehakiman AS (DOJ) untuk memulakan saman sivil pelucuthakan terhadap 1MDB.
Dalam catatan terbaru di blognya, Dr Mahathir secara sinis berkata beliau bangga kerana mendakwa sebagai seorang yang tidak berkuasa, beliau boleh "mengarahkan DOJ melakukan sesuatu".
"Jika saya dapat arah sebuah agensi Kerajaan Amerika Syarikat, lama sudah sipolan-sipolan ditangkap dan dituduh mencuri berbilion dolar Amerika. Dah lama sudah hukuman yang setimpal dikenakan kepada sipolan itu," katanya.
"Malangnya saya sebagai bekas perdana penteri Malaysia yang tidak ada gigi tidak mempunyai apa-apa pengaruh, jauh sekali berkuasa mengarah mana-mana agensi Kerajaan Amerika Syarikat, bahkan agensi kerajaan Malaysia pun," katanya.
"Hanya yang bangang sahaja yang akan percaya," katanya sambil menambah bahawa berkesan sungguh dedak yang didakwanya diberi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada mereka ini.
Tidak seperti Malaysia, yang berpuas hati dengan kenyataan Najib bahawa seorang warga Arab menderma RM2.6 bilion kepadanya, Mahathir berkata AS mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam pengubahan wang haram.
Mahathir dan pembangkang telah dituduh menggunakan kuasa asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara itu, tidak lama selepas DOJ memfailkan saman pelucuthakan ketiga di mahkamah AS pada 15 Jun.
DOJ sedang berusaha untuk merampas lebih AS$ 1 bilion aset yang dikatakan dibeli dengan wang yang didakwa dicuri dari 1MDB. Dalam saman itu, DOJ juga memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku kepada AS$620 juta yang MO1 telah kembali kepada "pendermanya".
DOJ juga mendakwa sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli 22 karat berlian merah jambu dan kalung berlian untuk "isteri MO1".
Peguam Negara Mohamed Apandi Ali juga telah membersihkan Najib dari sebarang salah laku dalam perkara berkaitan 1MDB
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan