ISMA WEB
JIKA anda bercadang untuk mengembara ke negara yang anda tidak pasti
sumber airnya bersih seperti Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam, India dan
Indonesia, jangan lupa suntikan vaksin Hepatitis A jika anda tidak mahu
berisiko jatuh sakit! Doktor pakar ini berkongsi kisahnya.
Dua minggu
sebelum Syawal baru-baru ini, Dr.Mohamad Salleh Abdul Aziz, Pakar Perunding
Pembedahan Am dari Hospital Islam Azzahrah telah disahkan menghidap Hepatitis
A.
“Saya
mengalami demam panas yang tinggi sehingga mencapai 41 darjah celcius, makan
ubat demam pun tidak akan turun selain sakit perut, cirit birit, muntah-muntah
hingga mata putihnya bertukar menjadi kuning . Dalam perubatan, ia dikenali
sebagai jaundis.
“Dengan
rawatan, demam turun dalam masa empat hingga kelima hari, namun untuk penyakit
ini hilang dari tubuh adalah selama enam bulan namun kesan klinikal dirasai
sebulan lamanya.
“Dalam
tempoh sebulan itu, saya masih tiada selera makan dan mengalami cirit birit
setiap kali makan hingga kehilangan air yang banyak dan membuatkan berat badan
saya turun sehingga 10 kilogram,”ujarnya.
Air tidak
bersih
Sebelum
itu, pakar ini telah menjayakan Misi Kemanusiaan di Kemboja iaitu “Kembara
Amal Sunathon Kemboja 2017” selama lima hari bagi melaksanakan misi berkhatan
besama penduduk Islam di sana. Antara yang turut serta adalah polis, bomba,
guru dan ustaz.
Kembara
Amal Sunathon Kemboja 2017
“Apa yang
boleh saya katakan, kebersihan di sana adalah kurang memuaskan.Di sana, kami
tinggal di kawasan kampung iaitu empat jam dari bandar di mana bekalan elektrik
juga sukar.
“Satu
rumah cuma mempunyai satu lampu sahaja, tiada peti ais dan lain-lain kemudahan.
“Bekalan
air dari telaga, air mineral juga ada namun puncanya sama sahaja.
Sukar
mendapatkan bekalan air bersih di kawasan pedalaman
“Suatu
hari saya dihidangkan dengan ikan toman bakar di mana ia dihidangkan dengan
sisiknya sekali. Boleh jadi ikan tersebut dari punca kurang bersih yang
membuatkan saya dijangkiti penyakit ini.
“Para
pelancong sama ada pergi bekerja ataupun bercuti sering menganggap remeh
penyakit di negeri orang, padahal risikonya sangat besar.
“Jika anda
bercadang untuk mengunjungi negara yang disebutkan tadi, amat digalakkan untuk
mengambil vaksin Hepatitis A ini.
Pengambilan
vaksin mampu meminimumkan risiko penyakit
“Sekurang-kurangnya
kita boleh bersedia dengan cara yang mampu mengurangkan risiko dijangkiti
penyakit.
“Ia boleh
dilakukan seminggu sebelum bertolak sama ada di klinik, hospital kerajaan
mahupun swasta dan vaksin ini mampu bertahan sehingga tiga tahun,”tegasnya.
Sumber: hiazhealth.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan