Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa keliru dengan
pendirian PKR berkenaan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Md Noor mengulas kenyataan
seorang pemimpin PKR semalam bahawa parti itu tidak bersetuju dengan
cadangan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi gagasan
pembangkang tersebut kerana bimbang beliau akan menguasai PH.
"Saya tidak tahu, saya agak keliru, tidak pasti... Sama ada PKR setuju
atau tidak, (cadangan) dengan Dr Mahathir sebagai pengerusi," katanya
kepada Antarapos, hari ini.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul pada semalam memberitahu cadangan
pelantikan Pengerusi PPBM itu akan menguatkan lagi penguasaan Dr
Mahathir di dalam Pakatan Harapan (PH).
Bukan itu sahaja menurut Johari jawatan pengerusi tidak perlu
diwujudkan sama sekali, malah parti itu merasakan lebih 'cocok'
sekiranya Dr Mahathir digandingkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebagai Penasihat PH.
"Bergantung kepada pengerusi... Sesetengah pengerusi tak mahu berperanan, sesetengah pula mahu berperanan
"(Tetapi) ergantung kepada individu tersebutlah," katanya mengulas dakwaan penguasaan Dr Mahathir itu.
PKR juga pada semalam menafikan penyebaran struktur kepimpinan PH yang
menamakan Anwar sebagai penasihat, Dr Mahathir sebagai pengerusi,
manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula sebagai
presiden gabungan pembangkang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan