KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan
takziah kepada keluarga dua juruterbang pesawat pejuang Hawk 108 milik
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban pada hari ini.
Najib berkata siasatan terperinci akan dilaksana terhadap nahas yang
berlaku di kawasan hutan paya Chukai, Kemaman pada 2.30 petang yang
mengorbankan Mejar Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.
"Innalillah.Terima berita sedih dua juruterbang yang hilang dijumpai
maut. Takziah kepada keluarga. Siasatan terperinci akan dilaksana,"
katanya dalam laman Twitter.
Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dalam sidang
media di Kauntan memaklumkan pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara
TUDM Kuantan pada 11 pagi tadi sebelum terputus hubungan setengah jam
kemudian.
Menurut Affendi, kedua-dua mangsa cuba menyelamatkan diri dengan menggunakan kerusi lenting pesawat.
Setakat 4.30 petang, pesawat itu masih belum ditemukan.
Affendi berkata TUDM menggantung sementara perkhidmatan pesawat Hawk
108 sehingga siasatan tragedi selesai dan sebuah badan siasatan khas
ditubuhkan bagi menyiasat punca nahas pesawat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan