Oleh Farhain Mazlan
SHAH ALAM: NGO pro-pembangkang, Otai Reformis terbuka jika Pakatan
Harapan (PH) menamakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),
Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai peneraju gabungan berkenaan.
Pengerusinya, Saari Sungi berkata, sikap kompromi itu dilakukan atas
dasar solidariti untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).
Pendirian terbaru itu dilihat berbeza berbanding pendekatan sebelum
ini, yang mana NGO itu pernah meletakkan beberapa syarat untuk mereka
menyokong penidiran PH yang mahu bekerjasama dengan mantan perdana
menteri itu.
"Terserahlah untuk dibincangkan dan didebat masing-masing oleh komponen
parti itu, majlis tertinggi, PPBM dan Amanah berbincanglah. Jika mereka
bersetuju boleh terimalah di atas alasan-alasan yang baik, kalau tidak
boleh, kita harap PKR keluarkan pandangan dari kawan-kawan yang lain.
"Saya mengamalkan spektrum pandangan yang akhirnya majoriti akan
menerima sekiranya keputusan telah dibuat, tetapi kita pun tidak tahu
apa yang akan jadi, mungkin di peringkat parti pun masih ada yang tidak
tahu tentang DAP dan Amanah punya pendirian,"katanya ketika dihubungi
Antarapos.
ADUN Hulu Kelang itu menambah, keakraban hubungan di dalam NGO tersebut
membolehkan ahli-ahlinya itu untuk akur kepada keputusan yang bakal
dibuat.
"Kita ini macam saudara, Reformis ini dia walau gaduh satu sama lain,
dia bila cakap nak jatuhkan BN dia akan bersatu balik, maknanya dia akan
bercantum semula bersama misi-misi itu, itulah kelebihan reformis.
"Jadi memang kita kena buktikan yang reformis ini menunjukkan solidariti persaudaraan untuk menumbangkan BN," ujar beliau.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan ada pihak di dalam
gerakan itu yang tidak akan bersetuju sekiranya PH memutuskan untuk
mengangkat Dr Mahathir sebagai Pengerusi gabungan tersebut.
"Dalam spektrum pemikiran, penerimaan dan penolakan terhadap Tun
Mahathir ada pelbagailah, ada menerima selaras dengan hujah-hujah yang
dibuat oleh Pakatan Harapan.
"Ada yang menerima atas dasar seiring membantu Pakatan Harapan dan ada
yang tolak kerana masalah pandangan peribadi tentang Tun Mahathir diatas
pengalaman silam dan sebagainya.
Terdahulu menerusi laporan portal The Malaysian Insight, PKR didakwa
bersetuju untuk melantik Dr Mahathir sebagai Penasihat PH, bertujuan
menjadikan gabungan itu lebih kukuh dan stabil untuk memenangi Pilhan
Raya Umum ke-14 kelak.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dinamakan sebagai Penasihat bagi gabungan tersebut, lapor portal itu.
Sementara itu bagi jawatan Timbalan Presiden PH akan diisi oleh
Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin
dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil bagaimanapun menafikan laporan portal berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan