SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia membatalkan pelaksanaan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap lebih 60 bahan makanan yang
sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Julai ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Subromaniam Tholasy berkata perkara itu
merujuk Perintah Cukai GST (Pembekalan Berkadar Sifar) (pindaan) (No.2)
2017 yang diwartakan pada 6 Jun tahun ini.
"Implikasi kepada pewartaan perintah ini akan menyebabkan lebih
daripada 60 item makanan seperti ikan belut, todak, jagung, sayuran
sejuk beku dan beberapa jenis buah-buahan import (avocado, apricot,
anggur, ceri, peach, plum) serta marjerin dan lain-lain akan tertakluk
kepada GST enam peratus.
"Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah merujuk perkara ini dengan
Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan
supaya (ia) dibatalkan," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Terdahulu, media tempatan hari ini melaporkan kerajaan akan mengenakan
GST terhadap 60 jenis barangan makanan bermula 1 Julai depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan