ANTARAPOS.COM
KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya tiga mangsa tanah runtuh di Ladang
Sawit Sen Fu, Sungai Labau, Tongod ditemukan pasukan mencari dan
menyelamat (SAR) yang masuk hari keempat.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) negeri, seorang ditemukan di Kampung Mangkawagu manakal dua lagi
mangsa ditemukan di Kampung Masaum, Pinangah Tongod.
Katanya, ketiga-tiga mangsa ditemukan terapung di sungai kampung tersebut.
“Maklumat terperinci mengenai mangsa masih belum dapat disahkan. Kita
akan beri dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini pagi
ini.
Dalam kejadian pukul 12.19 tengah hari pada 1 April lalu, tujuh mangsa
masing-masing empat remaja dan tiga kanak-kanak dilaporkan hilang
apabila rumah pekerja ladang yang mereka diami ranap akibat tanah runtuh
di Ladang Sawit Sen Fu berhampiran Sungai Labau, Tongod di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan