A Kadir Jasin
RAFIZI kata, Najib (Datuk
Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) bagi
derma. Kepada PAS parti ulama.
Jumlahnya besar tidak
terhingga. Bukan RM2 juta macam Mat Maslan terima.
Atau RM1 juta kepada Shahrir orang lama. Tapi RM90 juta jumlahnya.
Atau RM1 juta kepada Shahrir orang lama. Tapi RM90 juta jumlahnya.
Rafizi kata dia tak auta.
Sebagai bukti, SD dia buat sama. Kalau berani samanlah dia.
Maka kecut perutlah PAS.
Terpaksa hempas pulas. Cari alasan buat ancaman. Supaya ahli dan penyokong tak
sangka yang bukan-bukan.
Rafizi kata, Ustaz
Nashrudin Mat Isa adalah perantara. Duit “curi” SRC International dialah yang
terima. Dulu dia orang kuat PAS. Tapi tahun 2011 lawan Mohamad Sabu dia tewas.
Nashrudin kata, dia tak terima.
Ini semua Rafizi punya angkara.
Tuan Ibrahim kata, dia tak tahu apa-apa. Satu sen pun PAS tak terima. Dia kata Ustaz Nashrudin Mat Isa tak sumbang sebarang derma.
Kalau Rafizi dusta, buatlah
sumpah SD macam dia.
Tapi kalau duit RM90 juta itu Najib betul-betul bagi, habis
ke mana ia pergi? Najib pun tak nafi.
Kalau “demi Allah” PAS
tak terima, duit itu masuk poket siapa? Takut-takut
masuk poket ketua-ketua tapi ahli terlopong ternganga. Lepas itu buat-buat lupa?
Takkanlah dalam PAS pun
ada pencuri? Ini parti ulama, parti suci. Takkanlah mereka sebat macam yang
Umno buat kepada 1MDB dan SRC?
Takkanlah parti ulama
pun curi sini curi sana, beli harta di luar negeri, pi Las Vegas main judi
dan beli jet peribadi macam penyamun dan penyangak 1MDB?
Atau ulama PAS pun diam-diam
ada rumah di luar negeri, projek sana projek sini, beli kereta mewah untuk anak
dan bini?
Kalau tak betul jangan
setakat nafi. Ambil tindakan tegas dan berani. Buat SD, lapor kepada polis dan saman si
Rafizi.
Kalau setakat nafi kata
Rafizi punya angkara, rasa-rasanya tak
banyak orang percaya. Mereka akan kata, pemimpin PAS pun sama saja nampak duit habis
gelap mata.
Satu hal lagi. Kalau
betul derma itu dari SRC, ini sudah duit curi. Duit yang SRC pinjam dari KWAP.
Takkan PAS tak tahu cerita. SRC pinjam duit KWAP lima ribu juta. Duit KWAP
milik pesara.
Tak payahlah PAS berdolak-dalik.
Orang kita pun dah banyak yang cerdik. Tak boleh ditipu sepanjang masa. Mereka
dah tahu banyak rahsia.
Kalau Rafizi tak tarik
balik, saman dia biar serik. Kalau tidak orang akan kata, itulah pasalnya
dengan Najib PAS sangat mesra. Rupa-rupanya dah dapat sedekah berpuluh juta.
Wallahuaklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan