Masyarakat menyambut baik langkah kerajaan negeri Melaka untuk
menempatkan unit penguat kuasa khas bagi membendung amalan khurafat di
Pulau Besar, di Melaka.
Peniaga barangan cenderamata, Rahim Ibrahim, 54, menyifatkan ia langkah permulaan yang baik setelah sekian lama Pulau Besar atau dikenali sebagai Pulau Hajat dicemari oleh aktiviti khurafat yang bercanggah dengan ajaran Islam.
"Saya harap dengan adanya unit penguat kuasa khas ditempatkan di sini nanti, aktiviti khurafat menyembah kubur lama, pokok besar, batu besar dan sebagainya dapat dihentikan.
"Sebelum ini memang ada pegawai penguat kuasa namun mereka tidak tinggal di sini dan hanya datang sekali sekala sahaja menyebabkan pengamal amalan khurafat bebas melakukan aktiviti mereka," katanya ketika ditemui Bernama di Pulau Besar baru-baru ini.
Beliau yang telah menetap selama sepuluh tahun di pulau tersebut berkata, penduduk pulau telah jemu memberi nasihat kepada pengamal ritual khurafat di pulau tersebut.
"Kami (penduduk) ada juga membuat teguran namun kami tidak mampu memberi nasihat atau menegur semua orang ," katanya.
Pengunjung yang hanya ingin dikenali sebagai Zamri, 45, dari Kajang, Selangor berkata penubuhan unit tersebut adalah tepat pada masanya memandangkan bilangan pengunjung bukan Islam melakukan ritual di kubur Islam makin bertambah sejak kebelakangan ini.
"Mereka tidak faham dengan hukum Islam dan kita tidak boleh menyalahkan mereka dalam perkara ini, tanggung jawab membuat teguran adalah daripada orang Islam itu sendiri.
"Saya harap dengan ada unit penguat kuasa khas ini nanti, orang bukan Islam dapat memperolehi maklumat lanjut apa yang boleh dan tidak boleh mereka lakukan (di kubur orang Islam)," katanya.
Zamri berkata beliau kerap berkunjung ke Pulau Besar yang cantik bagi mencari ketenangan dan pada masa yang sama dapat menziarahi kubur pejuang negara ketika zaman kesultanan Melayu Melaka yang disemadikan di sini, yang dikatakan keturunan Rasulullah.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan