ANTARAPOS.COM
PETALING JAYA: Harga bahan api akan jatuh secara menyeluruh bagi penghujung April mengikut mekanisme harga mingguan baharu.
Harga petrol RON95 turun sebanyak enam sen kepada RM2.21 seliter berbanding RM2.27 minggu lalu, manakala harga petrol RON97 akan turun lima sen kepada RM2.49 seliter.
Harga diesel juga turun sebanyak tujuh sen kepada RM2.14 berbanding RM2.21 seliter minggu lepas.
Harga baharu berkuat kuasa Khamis sehingga 3 Mei ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan harga baharu bahan api mingguan baru di laman Twitter pada Rabu.
Sebelum ini, menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan bahawa satu mekanisme harga bahan api mingguan baru akan digunakan bermula April.
Harga petrol dan diesel telah diletakkan pada sistem apungan bulanan berjaya sejak 1 Disember, 2014, berikutan penghapusan subsidi bahan api.
Dengan mekanisme mingguan baru, harga minyak akan diumumkan setiap Rabu dan berkuat kuasa selepas tengah malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan