Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mempertahankan larangan meniaga
sementara pada waktu Maghrib yang dperluas ke seluruh Kelantan.
Ketuanya N Balasubramaniam berkata peniaga bukan Islam tiada masalah kerana ia hanya untuk tempoh tidak lebih 15 minit.
"Sebenarnya apa yang diumumkan Kerajaan Negeri Kelantan itu tertakluk kepada pasar malam sahaja yang kebanyakan mereka adalah peniaga Melayu-Islam.
“Arahan tutup itu juga hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja supaya peniaga Muslim dapat menunaikan solat mereka,” katanya.
Menjawab soalan Malaysiakini hari ini, Balasubramaniam juga berkata kerajaan negeri hanya “mengikut cara Islam”.
“Malah, setakat ini ia diterima baik dan tidak ada masalah dari bukan Islam," kata Balasubramanian.
Kelantan sebelum ini mengarahkan semua peniaga, termasuk bukan Islam menghentikan operasi ketika Maghrib bagi memberi laluan kepada waktu sembahyang yang singkat.
Dasar tersebut telah dimulakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, sebelum diperluaskan kepada semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu, tahun lalu.
Bagaimanapun, dasar itu dipertikaikan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa kerana peniaga bukan Islam tidak perlu menunaikan solat Maghrib.
Beliau mendakwa kerajaan Kelantan sebenarnya tiada agenda untuk memajukan rakyat dan terpaksa mencari perkara kecil untuk “nampak Islamik”.
Bekas menteri Umno yang kini bersama DAP Datuk Zaid Ibrahim pula berkata larangan itu tidak sah dan mahu mencabarnya di mahkamah.
Mengulas lanjut, Balasubramaniam berkata pertikaian Husam itu sengaja dibuat.
"Sengaja timbulkan masalah, dulu sewaktu sama-sama berlayar (dalam parti PAS) tak ada masalah, tapi sekarang semuanya tak betul," kata Balasubramaniam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan