ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr
Mahathir Mohamad berkata, mereka yang ingin meninggalkan parti itu
dialu-alukan untuk berbuat demikian.
"Ia kerana kita tidak mahu mereka (menyertai PPBM) kerana mempunyai
dendam atau mahu kedudukan,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di ibu
pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata bahawa menjadi pemimpin bahagian PPBM tidak secara
automatik melayakkan seseorang itu menjadi calon pada pilihan raya umum
akan datang.
“Kita ingatkan semua sekali lagi - menjadi ketua bahagian tak bermakna tetap jadi calon.
“Calon akan diberikan kepada ‘winnable candidates’ dan orang ini
mungkin daripada parti-parti gabungan atau PPBM,” kata Dr Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan