Suara Kebenaran
Menurut beberapa individu yang rapat dengan Ahli Parlimen Bukit
Bendera, Zairil Khir Johari, gambar pasangan lelaki dan wanita yang
minum arak dan bercumbuan di khalayak ramai seperti tersebar semalam,
memang gambar beliau dan bekas calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya.
Bagaimanapun, individu yang sama berkata, Zairil menegaskan orang
luar tidak ada hak untuk menyebarkan gambar tersebut, apa lagi
memberikan pendapat peribadi mereka tentang gambar itu. Ahli politik
juga mempunya privasi sendiri dan masyarakat tidak ada hak untuk
mempersoalkan aktiviti sosial ahli politik.
Tentang kecaman netizen mengenai Dyana Sofya yang dilihat seperti
meminum arak, individu ini tidak mahu mengulas lanjut kerana dia hanya
tahu tentang Zairil saja. Begitupun, individu ini mengingatkan bahawa
sebahagian dari Dyana Sofya adalah UMNO kerana ibunya adalah seorang
ahli UMNO dan beliau membesar dalam persekitaran itu.
Jadi kalau sekalipun minuman yang diteguk Dyana Sofya dalam gambar
itu adalah arak, ia tidak mengejutkan setelah melihat kepada latar
belakang beliau yang membesar dalam politik UMNO.
Dalam perkembangan berkaitan, DAP pusat seperti dipetik dari sumber
dalamannya, mengesahkan tidak akan melakukan sebarang siasatan bagi
menyiasat tentang penyebaran gambar tersebut atas alasan gambar itu
bersifat peribadi. Selain tidak melihat sebarang kesalahan yang
dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan