shahbudindotcom
Hishammuddin
Hussein, Naib Presiden UMNO yang dibisik-bisikkan bercita-cita mahu
menjadi Perdana Menteri dilaporkan pelik terhadap tindakan Tun Mahathir
Mohamad yang sanggup turun padang memberi sokongan kepada calon Amanah
dalam pilihanraya kecil kali ini.
"Saya
pelik sebab peringkat awal Tun Mahathir kata akan sokong pembangkang
untuk kalahkan BN, tetapi sekarang nampaknya beliau hanya sokong Amanah
saja sedangkan Pas pun pembangkang juga.
"Jadi
saya tak faham, menyokong pembangkang pun tak jelas, pembangkang yang
mana? Pas ke? Amanah ke? DAP ke? Semalam (di Sungai Besar) beliau turun
di atas platform DAP.
"Saya tak faham rasionalnya Tun Mahathir berbuat begitu," kata sepupu Najib itu ketika bercakap dengan media di Kuala Kangsar.
Alahai...kesiannya, macam mana nak jadi Perdana Menteri kalau benda semudah ini pun sukar memahaminya.
Kalau
Hishammudian mengatakan beliau pelik dengan sikap Tun Mahathir,
kegagalan memahami langkah mudah bekas Perdana Menteri itu jauh lebih
pelik lagi sebenarnya.
Kenapa
perlu pelik sedangkan Tun Mahathir awal-awal lagi sudah mengatakan
beliau akan turun berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk
membantu calon daripada parti yang menyokong Deklarasi Rakyat?
Susah ke nak faham parti mana yang menyokong Deklarasi Rakyat?
Tentang
Tun Mahathir turun dalam program anjuran DAP di Sungai Besar, bukankah
parti itu merupakan salah satu komponen Pakatan Harapan yang turut
dianggotai PKR dan Amanah?
Apa
salahnya Tun Mahathir hadir dalam program anjuran DAP yang merupakan
sebahagian aturcara kempen memenangkan calon Amanah yang bertanding?
Tidakkah Ia lebih kurang sama macam Najib hadir dalam program anjuran MCA saja, lalu apa yang peliknya?
Hishammuddin
juga tidak perlu pelik mengapa Tun Mahathir tidak memberi sokongan
kepada Pas kerana mustahil beliau tidak menyedari bahawa parti itu kini
lebih ghairah untuk "berpeluk dan bergesel pipi" dengan Najib
berbanding menentang kemungkaran dan penyelewengan dalam negara.
Takkan
Hishammuddin tak sedar Hadi dan Najib sudah sedondon berbaju merah
jambu, malah Pas dalam muktamarnya baru-baru ini juga turut bertanjak,
berpulut hijau dan menjulang keris gergasi?
Jadi
apa yang peliknya bila Tun Mahathir tidak menyokong Pas, tetapi memberi
sokongan kepada calon Amanah yang bukan saja menyokong Deklarasi
Rakyat, bahkan ingin bersama-sama dalam usaha menyelamatkan negara dek
onar dan bahana angkara Najib yang sudah menjadi perbualan di seluruh
dunia?
Dalam
waktu yang sama, sebagai pemimpin dan manusia yang waras, apakah
Hishammuddin tidak pelik dengan skandal dan hutang yang mencanak tinggi
melibatkan 1MDB?
Apakah Hishammuddin tidak pelik dengan dongengan bahawa ada orang sanggup menderma sebanyak RM2,600 juta kepada Najib?
Tidak
tercabarkah rasa kepelikan dalam dirinya apabila Najib mengatakan
beliau tidak tahu wang sebanyak RM42 juta dalam akaun peribadinya datang
daripada SRC International, sebuah anak syarikat milik Kementerian
Kewangan?
Tidakkah
lebih pelik di sebalik tidak tahu itu, wang tersebut sebaliknya bukan
saja tidak dipulangkan, tetapi turut dibelanjakan Najib, antaranya untuk
membayar hutang kad kreditnya?
Tidak
pelikkah sebagai salah seorang menteri apabila melihat bagaimana isteri
Najib, Rosmah Mansor boleh berbelanja mewah di seluruh dunia sambil
bergentayangan menaiki jet milik kerajaan?
Bukankah semua yang dilakukan Najib dan Rosmah itu pelik-pelik belaka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan