MALAYSIAKINI
Siasatan Jabatan Audit Negara ke atas 1MDB mendapati banyak keputusan
pelaburan syarikat itu telah dibuat tanpa kelulusan lembaga pengarah
terlebih dahulu.
Keputusan-keputusan itu dibuat melalui resolusi bertulis, dan bukan
dengan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah, kata satu sumber yang
mempunyai pengetahuan mengenai laporan interim jabatan tersebut.
"Pasukan audit menyifatkan ia seolah-olah lembaga itu telah diketepikan
atau keputusan dipengaruhi oleh orang lain," katanya lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang sedang berdepan dengan
kritikan kerana peranannya dalam syarikat milik kerajaan, 1MDB, bukan
ahli lembaga pengarahnya, tetapi sebaliknya menjadi pengerusi lembaga
penasihatnya.
Pasukan audit juga mendapati bahawa dalam banyak hal, pihak pengurusan
syarikat itu telah gagal untuk mematuhi arahan dari lembaga pengarah.
"Mereka juga mendakwa bahawa terdapat keadaan di mana lembaga pengarah
diberi maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap mengenai keputusan
pelaburan," kata sumber itu.
Sumber itu berkata, pasukan audit juga mendapati syarikat itu tidak
mempunyai jawatankuasa pelaburan untuk memastikan kewajaran sebelum
membuat pelaburan.
Proses-proses ini, kata sumber itu, menyebabkan struktur pengurusannya lemah.
Menurut sumber itu, pasukan audit memetik usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) sebagai contoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan