Hafarizam Wan & Aisha Mubarak : Peguam Najib Razak Lawan WSJ Wall Street Journal? Para Peguam Sindir dan Tegur?
Apa maksudnya, secara terus terangnya?
Please come and sue us, don’t shy-shy. Trouble yourself waiting 14 days.
Rakyat
Malaysia mengharapkan nama kita terus mekar di pentas dunia dengan
berita yang baik-baik sahaja dan mampu mengharumkan nama Malaysia
seterusnya diangkat untuk dihormati masyarakat dunia.
Malangnya,
kita boleh semak hari ini seluruh dunia terus memperkatakan skandal
demi skandal yang menyelubungi Malaysia. Terkini, dakwaan yang cukup
dahsyat oleh laporan berita Wall Street Journal WSJ terhadap Perdana
menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Belum pernah dalam sejarah Malaysia, Perdana Menteri terpalit dengan dakwaan jenayah seperti ini. Belum pernah….
Seperti
yang diharapkan, rakyat Malaysia mahukan Najib Razak segera saman
fitnah Wall Street Journal bagi membersihkan namanya dan nama Malaysia
yang terus menjadi bualan ramai.
- Yang rakyat ingin tahu daripada Najib Razak sekarang ialah betul atau tidak berlaku kemasukan wang ke dalam akaun peribadi seperti yang didakwa WSJ itu
- Bukannya melencong kepada amanah rakyat yang tidak pernah dikhianati dan kegunaan wang untuk diri sendiri yang kononnya tidak pernah dilakukannya.
Lain yang dituntut rakyat Malaysia, lain yang berlaku sekarang ini. Tindakan terbaru Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi mewakili anak guamnya Najib Razak mendapat pertikaian ramai termasuklah kalangan peguam di Malaysia.
- Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mahukan kepastian apa lagi?
- Sudah terang lagi bersuluh apa yang yang diperkatakan merujuk dakwaan laporan Berita Wall Street Journal ada di situ, mengapa tidak semak sahaja laporan berita tersebut?
- Mengapa Hafarizam Wan & Aisha Mubarak tidak terus terang sahaja hantar notis kepada WSJ, kalau tidak tarik balik artikel, anda akan saman dalam masa 14 hari
Nah…..ini kenyataan terbaru Wall Street Journal WSJ :
Apa maksudnya, secara terus terangnya?
Please come and sue us, don’t shy-shy. Trouble yourself waiting 14 days.
- Ali : Ali… kau ada datang rumah aku semalam ya?
- Salleh : Mana ada… aku tidak curi la
- Ali: Ada aku kata kau curi ker? Ermmmm……
Surat Hafarizam Wan & Aisha Mubarak : Para peguam Sindir dan Tegur?
Anda
boleh semak respon balas yang agak pedas dari para peguam seperti Azhar
Harun, Zaid Ibrahim, Teng Chang Khim, Eric Paulsen, Buzze Azam
disebalik surat Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang boleh anda semak
satu persatu seperti di bawah ini :
P/S : Satu-satu Tuhan tunjukkan sekarang ini di bumi Malaysia. Sebab itu, jangan sesekali kita menganiayai sesama manusia.
PP/S
: Nampaknya, surat yang dihantar firma guaman Hafarizam Wan & Aisha
Mubarak menjadi bahan bualan hangat dan bahan jenaka kalangan rakyat
Malaysia, dunia dan juga kalangan para peguam.
PPP/S
: Yang dunia ingin tahu sekarang ini ialah kebenaran samada ada masuk
atau tidak wang ke dalam akaun peribadi Najib Razak, maka jawablah
dengan jujur dan tunjukkan buktinya sekali. Mudah dan habis cerita.
Rakyat pun pasti akan gembira dengannya.
PPPP/S
: Jikalau beginilah situasinya, diharapkan Wall Street Journal jangan
dihantar rookie Harvard Law, cukuplah fraud lawyer seperti, Mike Ross
sahaja untuk mengendalikan kes ini kelak, andaikata saman fitnah
Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dihantar kelak.
PPPPP/S
: As a PM, ini bukan isu kecil-kecil..kali ini cukup dahsyat. Sue
straight away. Tidak perlu mahu LOD, show cause letter.. Kalah menang
lain cerita. This is the time PM cari the most reputable law firm di US.
Start filing suit, as simple as that…why do you need to buy time?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan