Jumaat, 10 Julai 2015

Sirul tidak akan mengaku bunuh Altantuya atas arahan Rosmah, kata peguam

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Peguam kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu menafikan anak guamnya akan membuat pengakuan minggu hadapan.
 
Maklumat yang tersebar di aplikasi WhatsApp itu menyatakan Sirul akan membuat pengakuan di mahkamah di Australia berhubung perkara itu dan mengatakan beliau membunuh Altantuya selepas menerima arahan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 
 
Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia, peguam Sirul, Hasnal Rezua Merican berkata, pengakuan kononnya Sirul membunuh Altantuya atas arahan individu tertentu hanyalah khabar angin dan dilihat bertujuan menimbulkan kekecohan dengan mencemarkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Hasnal berkata, pihaknya menghubungi Sirul, dan beliau dimaklumkan berita yang dilaporkan dipetik daripada Herald Sun Australia itu adalah tidak benar. 
 
“Setelah bertanya sendiri, Sirul Azhar menafikan sekeras-kerasnya tentang maklumat berkenaan termasuk prosiding untuk hadir ke mahkamah.
 
“Kemudian saya menghubungi Herald Sun Australia dan mereka juga menafikan khabar angin itu. Mereka tidak ada maklumat mahu pun menyiarkan sebarang berita berkaitan Sirul,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: