Khamis, 9 Julai 2015

14K dinafi duit raya, Felda enggan ulas kritikan

MALAYSIAKINI




 
 
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini enggan membuka mulut berhubung dakwaan 13,947 peneroka dinafikan insentif hari raya seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Selasa lalu.

Sebaliknya, beliau tidak menjawab soalan yang diajukan padannya dan berkata tidak percayai kepada portal berita ini dan terus meletakkan telefon.

“Tak apalah, Malaysiakini ini saya tak berapa yakin sangatlah, tak apa lah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malaysiakini juga sudah menghantar soalan bertulis kepada Felda bagi mendapatkan reaksi mereka dan masih menunggu jawapannya.

Sebelum ini Najib mengumumkan seramai 98,688 peneroka Felda akan menerima durian runtuh menerusi pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan duit raya berjumlah keseluruhan RM88.8 juta yang akan dibayar mulai 13 Julai ini.

Bagaimanapun, katanya yang tidak bersama Felda tidak akan menerimanya.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman kemudian mendakwa 13,947 peneroka lain dinafikan imbuhan itu.

Dilaporkan terdapat seramai 112,635 peneroka di seluruh negara.

ANAK menyifatkan tindakan itu sebagai zalim dan bersifat balas dendam serta mengulangi  "diskriminasi" tahun lalu apabila peneroka didakwa dinafikan bonus kerana menyaman agensi itu. 
 
 
 

Tiada ulasan: