Ahad, 26 Julai 2015

Penghantar surat ditahan bantu kes 1MDB

SINAR HARIAN



1MDB
1Malaysia Development Berhad
 

PUTRAJAYA - Seorang penghantar surat menjadi individu kelima yang direman bagi membantu siasatan berhubung akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perintah reman empat hari bermula hari ini terhadap lelaki berumur 27 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ditemui di mahkamah, perintah reman itu bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a), Akta SPRM 2009 iaitu menerima rasuah.

Mahkamah sama sebelum ini mengeluarkan perintah reman terhadap empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes 1MDB, bagaimanapun dua daripadanya dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Penghantar surat berkenaan ditahan di rumahnya di Bentong, Pahang pada 6.30 petang semalam.

Suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan pemilik tunggal sebuah syarikat
perdagangan berumur 28 tahun yang juga direman empat hari bermula Jumaat lepas. - Bernama


Tiada ulasan: