Rabu, 1 Julai 2015

Pembeli untung RM26j dari jualan hartanah Australia

MALAYSIAKINI


 


Pembeli tidak diketahui didakwa mendapat keuntungan A$9 juta (RM26 juta) hanya dalam tempoh enam bulan dengan menjual pejabat di Melbourne kepada Mara Inc Sdn Bhd, dakwa anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Berdasarkan dokumen yang dibocorkan padanya minggu lepas, Rafizi berkata, Majlis Mara meluluskan pembelian harta tanah 333, Exhibition Street dengan nilai A$31 juta (RM89.7 juta) pada 21 Februari, dengan pemerolehan dilakukan pada 29 Mac 2013.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan syarikat harta tanah Quintessential Equity, Mara Inc menandatangani kontrak jualan untuk harta tanah sama pada A$22 juta (RM63.7 juta) pada Oktober 2012, dan menyelesaikan jualan dengan pembeli yang tidak dinamakan pada awal Februari tahun berikutnya.

“Ini jelas membuktikan bahawa pembelian 333 Exhibition Street ini melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian Dudley House, iaitu harga yang dibayar oleh MARA Inc adalah jauh lebih tinggi dari harga pasaran,” kata Rafizi.


Tiada ulasan: