THE RAKYAT POST
Muhyiddin (dua dari
kanan) menyerahkan replika cek kepada Ibrahim (kanan) pada majlis di
Seri Satria hari ini. - Foto TRP/Ikhwan Hazwan
PUTRAJAYA- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyampaikan sumbangan kerajaan Malaysia berjumlah US$1 juta (RM3.78 juta) untuk pembinaan masjid di Sevilla, Sepanyol.
Penyerahan itu disampaikan kepada Naib
Presiden Fundacion Mezquita De Sevilla, Ibrahim Hernandez pada majlis
berbuka puasa Timbalan Perdana Menteri bersama pemimpin masyarakat di
kediaman rasminya Sri Satria.
Hadir sama isterinya Puan Sri Noorainee
Abdul Rahman, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Muhyiddin dan isteri kemudiannya
menyampaikan sumbangan peribadi kepada 85 anak-anak yatim dan golongan
asnaf daripada Parlimen Kuala Selangor, Selangor.
Selepas berbuka, Timbalan Perdana Menteri serta para jemputan kemudiannya menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.
Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan