THE RAKYAT POST
Menurut Naib Presiden
PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, semua pimpinan cawangan AMK diarahkan
membuat laporan polis di negeri masing-masing. - Foto Facebook Shamsul
Iskandar Mohd Akin
SHAH ALAM- Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus mendesak pihak berkuasa untuk memastikan siasatan rapi dan telus dilakukan ke atas laporan Wall Street Journal (WSJ), dengan cara membuat laporan polis di seluruh negara oleh sayap pemuda parti itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Menurut Naib Presidennya, Shamsul
Iskandar Mohd Akin, semua pimpinan cabang AMK diarahkan membuat laporan
polis di negeri masing-masing, dan ini akan menjadi contoh kepada orang
ramai untuk membuat perkara yang sama.
“Kami mempunyai barisan kepimpinan yang
boleh membimbing orang ramai termasuk individu dan badan bukan kerajaan
untuk melakukan perkara yang sama,” kata Shamsul pada sidang akhbar di
kediaman Menteri Besar Selangor Azmin Ali pada Sabtu.
Turut hadir sama, Pengarah Komunikasi
PKR, Fahmi Fadzil, ahli kepimpinan pusat Zakaria Abdul Hamid, Ketua
Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh dan Naib Ketua Angkatan Muda
Keadilan, Dr Afif Bahardin.
Shamsul berkata, ini bagi menunjukkan
kepada orang ramai dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dan pihak berkuasa berkaitan termasuk Bank
Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga
pihak polis untuk menjalankan siasatan yang serius.
“Kami akan bermula dengan polis kerana
tidak pasti sama ada pejabat SPRM dibuka esok atau tidak, tetapi pada
hari Isnin, kita akan pastikan Angkatan Muda Keadilan membuat laporan
kepada SPRM,” ujarnya.
Semalam WSJ dalam laporannya mendakwa,
penyiasat kerajaan Malaysia telah mendedahkan mengenai 1MDB yang telah
menyalurkan dana hampir ASD$700 juta secara deposit daripada
syarikat-syarikat yang berkaitan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri.
Dalam perkembangan berkaitan, Peguam
Negara dalam satu kenyataannya hari ini menyatakan, satu Pasukan Petugas
Khas telah ditubuhkan untuk meneliti dakwaan itu ke atas ketiga-tiga
syarikat yang terlibat iaitu SRC International Sdn Bhd, Gandingan
Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd dan satu serbuan telah dibuat
bagi merampas semua dokumen yang berkaitan.
“Kami hanya mahu mengingatkan Peguam
Negara mengenai kebimbangan sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil
langkah selanjutnya walaupun telah merampas dokumen-dokumen dari
syarikat berkaitan,” ujar Shamsul.
Beliau juga menyentuh mengenai rancangan
parti itu mengadakan ‘Jelajah Amanat Presiden’ yang dijadualkan bermula
pada hari Raya ke-6 pada akhir bulan ini.
“Dalam program jelajah itu nanti, kami
akan menerangkan dengan lebih mendalam mengenai isu-isu berkaitan
Barisan Nasional, kami juga akan menerangkan kepada rakyat mengenai masa
depan Pakatan Rakyat,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan