JITRA: Polis menemui sebahagian tubuh bayi yang dikerat 6 bahagian di
dalam tangki tandas di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra, Kedah,
semalam.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah yang
mengesahkan perkara itu berkata terdapat beberapa tubuh bayi belum
ditemui seperti bahagian tangan, kemaluan dan kaki kanan bayi tersebut.
Katanya, tubuh bayi dipercayai dikerat dengan menggunakan senjata tajam, sebelum dibuang ke dalam tangki tandas.
Beliau berkata sebahagian anggota badan bayi yang ditemui itu dihantar
ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut manakala suspek
wanita berumur 31 tahun turut ditahan di HSB kerana mengalami
pendarahan.
"Siasatan awal mendapati suspek telah melakukan pemeriksaan pada
kemaluan dan doktor yang memeriksa mendapati terdapat kesan koyakan
melahirkan anak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rahim berkata, hasil soal siasat pertama mendapati suspek berbohong
dengn memberitahu dia bersalin di rumahnya di Kg Binjal, Jitra dan
bayinya dibuang di dalam tong sampah.
Katanya hasil siasatan lanjut mendapati suspek melahirkan bayi tersebut
di rumah datuknya di Kampung Manggol dengan cara berdiri dan telah
membuang bayi tersebut di dalam lubang tandas dengan cara mengepam air.
Suspek juga dipercayai makan ubat tidur ketika pulang ke rumah datuknya
di Kampung Manggol dan pada 1 tengah hari sebelumnya, suspek
memberitahu ibunya mahu ke tandas untuk buang air besar.
"Satu jam selepas itu suspek keluar dari tandas dan beritahu ibunya
yang dia datang haid dan terus sambung tidur sehingga waktu berbuka
puasa.
"Suspek juga tidak menunjukkan tanda mencurigakan dan ibu suspek juga
tidak mendengar bunyi mencurigakan dalam tandas tersebut," katanya.
Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan