Rabu, 8 Julai 2015

K'jaan tak akan henti pinjaman perumahan

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan tidak akan memberhentikan pinjaman perumahan kepada penjawat awam seperti yang dilaporkan oleh sebuah stesen televisyen dalam talian baru-baru ini.

Laporan itu menyebut bahawa kerajaan akan berbuat demikian bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

"Kementerian kewangan amat kesal atas kenyataan tersebut yang disiarkan tanpa merujuk kepada kementerian terlebih dahulu," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Malah, kerajaan akan menambah baik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam.

"Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara berkaitan pinjaman perumahan penjawat awam."

LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen engan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada, katanya. - Bernama


 

Tiada ulasan: