KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kuala
Lumpur sebentar tadi terhadap pertuduhan mencuri sebuah telefon bimbit
di Plaza Low Yat.
Tertuduh, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nur Aminahtul Mardiah Mohd Nor.
Mengikut kertas pertuduhan, Shahrul Anuar didakwa mencuri telefon bimbit jenis Lenovo S860 di Techasia Boutique Lot UG K021 UG Floor Plaza Low Yat di Bukit Bintang, jam 4.47 petang 11 Julai lalu.
Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 10 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Shaharudin Ali memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM3000 atas alasan tertuduh perlu menjaga kedua ibu bapanya yang bisu dan berhasrat menyambut hari raya bersama kedua ibu bapanya.
Mahkamah membenarkan Shahrul Anuar diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Ogos untuk sebutan kes.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan