PASANGAN selebriti ini sememangnya menjadi tumpuan peminat seni rentetan kemesraan mereka yang ditonjolkan sejak bergelar suami isteri.
Namun bukan kerana kehidupan mereka semata-mata, sebaliknya mereka sangat disenangi kerana keduanya mempunyai personaliti yang baik.
Bagaimanapun, kali ini pelakon Yana Samsudin dan suaminya pengarah Fadzil Zahari menjadi bualan ramai apabila mereka bertindak membersihkan tandas di sebuah stesen minyak di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak, Perak baru-baru ini.
Ia mula menjadi sebutan selepas salah seorang pengunjung tempat itu telah memuat naik status berkenaan perkara itu dan memuji tindakan mereka.
Menurut Fadzil, mereka sebenarnya bukan hendak meraih perhatian sesiapa sebaliknya rasa bertanggungjawab membersihkan tandas itu kerana keadaannya yang tidak selesa.
“Kami ikhlas melakukannya, lagipun kami terkejut melihat tandas tersebut yang kotor.
“Pada mulanya kami agak kecewa kerana bekalan air tiada dan ia tidak dibersihkan.
“Jadi kami mengambil keputusan untuk membersihkannya,” katanya yang dalam perjalanan pulang dari Kedah ke Kuala Lumpur pada hari raya ketiga ketika itu.
Dimarahi pekerja
Pada masa sama, Fadzil memberitahu, meskipun tindakan baiknya itu
mendapat pujian banyak pihak tetapi mereka sebenarnya telah dimarahi
pekerja stesen minyak tersebut.
“Kami telah dimarahi kerana membersihkan tandas dengan menarik hos daripada luar.
“Apa pun kami tidak kisah kerana niat kami baik,” katanya bukan hendak menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan kepada orang lain.
Tambahnya juga, mereka tidak menyangka apabila ada yang menceritakan tindakan mereka itu di laman sosial facebook sehingga menjadi viral.
“Kami sendiri tidak memuat naik sebarang gambar yang berkaitan perkara ini dan ia membuktikan kami benar-benar ikhlas,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan