Saya terkejut dengan tindak tanduk Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak memperlihatkan profesionalisme sebagai seorang ketua polis negara.
Tindakan beliau yang membawa bersamanya 4 pegawai penyiasat dari Bukit Aman ke Thailand untuk menemui Xavier Andre Justo bagi menyoal siasat kes yang dikatakan pemalsuan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sesungguhnya suatu yang sangat memalukan.
Apalah malang nasib Malaysia mempunyai ketua polis negara seperti beliau yang hanya selayaknya menjadi ketua Balai Polis Keroh Perak sahaja.
Persoalannya, Khalid menghabiskan wang negara sedangkan hakikatnya mereka tidak pun berjaya berjumpa Justo.
Sepatutnya Khalid boleh berhubung melalui telefon terlebih dahulu dengan pihak polis Thailand untuk mendapatkan kepastian apakah mereka bersedia memberi laluan kepada polis Malaysia berjumpa dan menyoal siasat Justo.
Amat malang ketua polis negara melakukan kebodohan dan membawa kerugian pada negara setelah negara mengalami masalah kewangan yang kronik akibat skandal 1MDB.
Kini, Khalid pula bertindak membazir dan menghabiskan kantung negara yang sudah sememangnya kempis.
Saya meminta pihak bertanggungjawab dalam pelantikan beliau sebagai ketua polis negara agar segera melucutkan jawatan beliau dan diturunkan pangkat ke jawatan ketua balai sahaja.
Malaysia memerlukan ketua polis negara yang lebih cekap, berwibawa dan berkemampuan serta telus dalam melaksanakan tugas.
Selamatkan Malaysia!
* Datuk Mahfuz Omar adalah ahli Parlimen Pokok Sena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan