Rabu, 1 April 2015

Tiada Pasma di sisi PAS



Oleh Subky Latif 


RIBUT menggantikan Pre siden PAS dari Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan seorang yang lain dipercayai reda dan mungkin berakhir berikut pemilihan mursyidul am baru dan tiada timbul calon yang hendak di ketengahkan.

Maka masalah yang tinggal bagi PAS ialah sekalian ahli-ahli dan juga mungkin antara pimpinan nya yang membentuk Pasma dan yang cenderung kepadanya.

Baik Pasma itu ada dorongan politik atau sekadar NGO yang lebih pro-Pakatan Rakyat dari PAS, ia adalah badan yang rata-rata disertai oleh orang PAS saja. Tiada Umno, tiada gejala PKR dan tiada DAP yang menyertainya. Ia semata-mata oleh ahli dan penyokong PAS.

PAS sudah membuat keputusan, Pasma tidak diterimanya. Bahkan Majlis Syura Ulama telah melarang ahli-ahli dan penyokong PAS menyertainya, malah mendekatinya pun tak usah.
Arahan Majlis Syura itu tidak diendahkan oleh orang yang cenderung kepadanya.

Majlis Syura itu amat mulia kedudukannya di sisi PAS dan adalah tonggak kepada kepimpinan ulama. Sama ada ia berwibawa atau sekadar mendatar, pada PAS ia tempat memberikan kepatuhan. Ia mesti dimuliakan oleh orangorang PAS.

Kita jangan fikir Umno, DAP dan MIC akan mendaulatkannya. PASlah yang mesti mendaulatkannya. Jika ia penuh pepejat, bukan kelambu yang dibakar, tapi rendam kelambu dengan Clorox. PAS tidak memerlukan Pasma mematuhi arahan Majlis Syura itu.

PAS memerlukan ia dipatuhi oleh setiap ahli PAS termasuk mereka yang sudah menjadi pemimpin dan penyokomg Pasma. Apakah keputusan Majlis Syura itu bijak atau tepat, ia adalah keputusan badan yang diterima paling mulia di sisi PAS.

Keputusan Majlis Syura itu dibuat semasa ia masih bermursyidul amkan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia adalah keputusannya yang terakhir. Ia adalah seperti wasiat Tok Ayah itu. Tidak kita ketahui Almarhum membatalkan keputusan itu.

 Sekalipun beliau amat uzur ketika ia dibuat, tetapi semua tahu politiknya tidak uzur selagi boleh bersuara. Waris politiknya Nik Mohamad Abduh tidak pernah menyebut Tuan Guru mengubah keputusan itu. Selepas Almarhum pergi, seolah-olah semua mengiranya wali. Sebagai ahli PAS yang menghormatinya dan tanda hormat itu ialah menerima keputusan Majlis Syura itu sebagai wasiatnya.

Jika pembentuk Pasma masih mahu kekal sebagai ahli PAS, maka mereka mesti menghormati keputusan Majlis Syura dn beramai- ramai melupakannya, kembali meneruskan perjuangan bagi menegakkan cita-cita suci dan mulia PAS.

Setakat ini Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat tidak menyatakan ahlinya yang bersama Pasma terkeluar dari PAS. Ada orang PAS yang menyeru mereka supaya meninggalkan PAS. Saya tidak suka orang-orang PAS disuruh keluar.

Bukan senang hendak mendapat seseorang jadi PAS. Sepuluh kali ceramah belum tentu dia masuk PAS. Maka sesudah mereka masuk PAS, saya mahu mereka mati dalam PAS.

Sekalipun antaranya ada yang tikam ekor, jika boleh jangan terus suruh dia tinggalkan PAS tetapi kita kena buat sesuatu supaya dia tinggalkan tikam ekor.

Saya terus menyarankan supaya pergolakan dalam PAS yang lebih bergelombang dari ribut tengkujuh di Pantai Timur hendaklah diselesaikan. Dalam penyelesaian itu saya tidak mahu ada barang seorang pun dari ahlinya yang sejuta sekarang tercicir.

Saya mahu seramai mana ahlinya sebelum ia bergolak, maka seramai itu jugalah bilangan selepas selesai bergolak.

Maka hal orang-orang yang naik darah membentuk Pasma ini hendaklah diselesaikan. Penyelesaian itu hendaklah mengambil kira keputusan Majlis Syu ra menyeru ahli-ahli PAS jangan mendekati Pasma.

Pasma tidak mengendahkan keputusan itu. Kita tidak mahu ahli-ahli tidak mematuhi keputusan itu. Mereka belum mematuhinya kerana PAS belum membuat keputusan betapa sesiapa yang me nyertai Pasma dan kekal dalam Pasma, maka mereka dengan sendiri gugur dari keahlian PAS.

Tentulah tiada pilihan bagi PAS, mengekalkan mana-mana ahlinya yang tidak mematuhi keputusan PAS apa lagi keputusan Majlis Syura. Wibawa PAS akan dilihat lembik jika arahan parti tidak dihormati apa lagi arah an Majlis Syura.

Apabila ada keputusan sesiapa mahu terus bersama Pasma, maka ia secara automatik gugur dari PAS. Ia akan menjadikan ahli PAS yang 40 tahun sebagai ahli itu memikirkan sama ada kekal dalam PAS atau keluar.

Wakil Rakyat PAS yang ada dalam Pasma kena tentukan sikap, sama mahu jadi YB PAS atau mohon jadi YB Pakatan Rakyat? Atas peruntukan apa PR hendak membenarkan mereka jadi YB PR sedang PAS masih lagi kerabat Pakatan rakyat?

Memberi kata dua kepada orang PAS yang jadi Pasma itu adalah lebih mulia dari membiarkan Majlis Syura dihina oleh ahli PAS.

Sekiranya keputusan itu keahlian gugur dengan sendiri jika tidak mematuhi Majlis Syura, maka tidaklah dengan senang ahli PAS hendak memperleceh partinya sendiri.

Dengan keputusan seperti ini, PAS mesti mengambil langkah mengajak semua ahli dalam Pasma iu kembali semula ke dalam PAS. Langkah itu dibuat se bagai kaedah bagi mengelakkan penyelesaian yang dibuat tidak akan menjadikan ada ahli PAS yang sejuta itu tercicir. Pada PAS sayangnya pada ahli adalah lebih sayang dari anak dan adik beradik sendiri.

Setiap ahli yang menyertai Pasma amat dikehendaki kembali semula. Lupakan apa yang berlaku.

Penyertaan mereka dalam PAS adalah betul, tetapi penyertaan dalam Pasma adalah tidak betul dari segi politik dan adat berjemaah.

Tetapi jika penaja Pasma itu berkeras juga, maka mereka tidak boleh jadi ahli pada dua pertubuh an itu. Mereka mesti pilih satu.

Jika ada keputusan orang menyertai Pasma hilang kelayakan sebagai ahli, ia akan menyebabkan bukan sekadar seorang dua dari sejuta orang itu yang akan tercicir dari PAS, bahkan ratusan akan tercicir.

Keciciran itu bukanlah justeru ada orang PAS yang mahu mereka keluar dari PAS dalam pelan pe nyelesaian, tetapi merekalah yang mencicirkan diri mereka.

Tunku Abdul rahman Putra ketika hendak menghapuskan komunis sebelum merdeka dulu, dia anjur pengampunan beramai kepada komunis untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Jika me reka menyerah diri mereka selamat. Justeru mereka enggan, maka Tunku ambil tindakan memerangi komunis habis-habisan.

Maka PAS sarankan kepada Pasma, tinggalkan Pasma dan kembali dalam PAS bagi membina bersama perjuangan suci yang dimulai tahun 1951 dulu. Arahan ini adalah dalam pelan peyelesaian supaya setiap dari sejuta ahlinya tidak gugur barang seorang jua. Tetapi jika mereka hendak gugur, ia bukanlah pilihan PAS.

PAS terpaksa hadapi sekalipun kemenangan PAS tertangguh buat beberapa tahun akan datang.

Tetapi PAS mesti mempertahankan Majlis Syura Ulamanya. Ketika Maj lis Syura Ulama itu ditubuhkan ia diterima baik oleh serangkai empat tokoh ulama terkemuka ketika itu iaitu Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Mohd Noor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan TG Haji Abdul Hadi.

Mereka yang meluluskan pembentukan Majlis Syura dan mereka yang memartabatkan kepimpin an ulama bagi PAS.

Tiada ulasan: