MALAYSIAKINI
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) bersedia menjadi
orang tengah bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut antara Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata penyelesaian segera
perlu dilakukan agar ia tidak membuka ruang kepada pembangkang untuk
menyerang kerajaan persekutuan dan Umno.
"Kami (Mubarak) hormati pandangan Tun Dr Mahathir yang menyuarakan
beberapa isu berkenaan cumanya mungkin cara (secara terbuka) tidak kena,
apa salahnya beliau berjumpa perdana menteri dan berbincang secara baik
bagi mencari jawapan.
"Sepatutnya ia diselesaikan dalam semangat kekeluargaan dan bukan secara terbuka seperti sekarang ini.
"Pihak-pihak di sana (Pembangkang) memang menunggu peluang ini untuk
mereka serang kita (kerajaan)," katanya kepada pemberita selepas
Mesyuarat Agung kali ke-14 Mubarak Pulau Pinang, di Butterworth hari
ini.
Majlis itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau
Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Anggta Parlimen
Kepala Batas.
Sementara itu, Reezal Merican berkata semua pihak diminta memberi ruang
kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) untuk menjalankan siasatan
terperinci terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat
pembangunan strategik milik penuh kerajaan, antara yang ditimbulkan Dr
Mahathir.
Reezal Merican berharap Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dapat
menyegerakan siasatan itu tanpa perlu menunggu keputusan Ketua Audit
Negara.
Ini kerana PAC sendiri memiliki kuasa untuk memanggil mereka yang terlibatdalam isu 1MDB ini untuk menjawab segala persoalan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan