Isnin, 20 April 2015

Golongan susah tertindas (GST)


Oleh Mohd Azwani Abdul Rani 


PAS Sarawak sentiasa tekal tidak bersetuju perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak dikuatkuasa pada 1 April lalu.
GST adalah cukai regresif yang dikenakan dalam apa-apa cara kadar cukai berkurang apabila jumlah yang tertakluk kepada kenaikan cukai.

Daripada segi pendapatan individu dan kekayaan, cukai regresif mengenakan beban yang lebih besar (berbanding dengan sumber) kepada golongan miskin daripada orang kaya.

Cukai progresif secara mudahnya bermaksud semakin tinggi pendapatan individu atau korporat, semakin tinggi cukai yang mereka kena bayar.


Ini suatu yang munasabah kerana Ibnu Khaldun menyatakan di dalam kitabnya yang masyhur "Al Muqaddimah", kerajaan perlu memikirkan bagaimana pendapatan rakyat harus ditinggikan bagi mendapat cukai yang tinggi daripada rakyat untuk mengisi perbendaharaan negara.

GST pula bersifat pusing ke belakang atau regresif kerana cukai dikenakan kepada semua penduduk termasuk rakyat yang tidak ada berpendapatan atau berpendapatan rendah.

Logiknya, rakyat yang susah dan miskin sewajarnya dibantu kerajaan kerana mereka tiada pendapatan atau berpendapatan rendah, tapi ini tidak berlaku dalam rejim GST.

Dengan adanya GST, keadaan menjadi terbalik iaitu rakyat yang susah pula disuruh menolong kerajaan dengan meminta semua rakyat tanpa kira miskin dan kaya membayar cukai.

Memandangkan GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan di semua peringkat pengeluaran barang yang mana kerajaan peroleh hasil cukai di semua rantaian penawaran barangan (supply chain), pengguna adalah pihak paling teruk kerana kena membayar cukai atas penggunaan barang dan tidak mendapat rebat.

PAS Sarawak akan menggerakkan dua cabang aktiviti berkait GST. Satu, usaha kesedaran untuk membantah perlaksanaan dan mendesak agar GST ditamatkan segera. Kedua, sementara kerajaan zalim terus tidak ambil peduli,maka PAS akan membantu golongan susah tertindas (GST) yang terdiri penduduk kampung dan rumah panjang miskin di Sarawak untuk dibantu akibat tekanan harga tinggi kini.

Baru-baru ini PAS Bintulu melancarkan kempen 'Jom Shopping' kepada seramai 66 penerima dari 6 unit peti undi DUN Jepak dengan bantuan barangan keperluan harian di pasar raya berdekatan.

Kepada dermawan yang berhajat membantu menyumbang dana program ini, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam PAS Bintulu 11031010021654 dan hubungi Bendahari Faiz 019-797551332.

Dengan Simbolik 6 ini petanda untuk kempen berterusan kesedaran rakyat GST 6% ini haruslah ditamatkan segera atau Bantahan GST lebih besar akan digerakkan. Himpunan 1 Mei ini bakal memberi lonjakan untuk kempen cukai kejam kerajaan zalim dan jahil Barisan Nasional ini.

GST = Guk Sen Telaw (Vaei) (Habis Dua Kita). –

* Penulis ialah yang dipertua PAS Bintulu/bendahari PAS Sarawak.

Tiada ulasan: