SHAH ALAM: DAP menganggap mereka adalah 'tuan' dalam Pakatan Rakyat dan
menuntut PAS agar mengikut acuan yang ditetapkan mereka, kata Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Abdullah berkata dakwaannya itu merujuk kepada sikap PAS yang terpaksa
'meringankan' sedikit demi sedikit perjuangan Islam yang didokong mereka
semata-mata mahu bergerak seiring dengan DAP dan PKR.
"Mereka secara sedikit-sedikit menuntut PAS untuk meninggalkan hudud,
menangguh pelaksanaan syariah kemudian mengubah konsep negara Islam
kepada negara berkebajikan.
"Malah banyak dasar-dasar PAS bercanggah dengan DAP dan PKR, maka PAS
pula kena bermuhasabah dan dikritik untuk memperbetulkan perjuangan. DAP
menganggap mereka tuan dan PAS kena betulkan perjuangan mereka,"
katanya ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos baru-baru ini.
Sebaik sahaja menyertai Pakatan Rakyat, PAS memenangi banyak kerusi pada dua pilihan raya umum (2008 dan 2013).
Namun parti itu terus dihimpit krisis jati diri apabila terpaksa
berlembut dalam banyak isu demi mencapai kata sepakat dengan DAP dan
PKR.
PAS juga sering beralasan setiap keputusan yang diambilnya adalah selari dengan konsep 'tahaluf siyasi' dalam Pakatan Rakyat.
Abdullah berkata, dalam banyak isu, PAS sepatutnya tidak berselindung di sebalik konsep itu dan perlu bersikap lebih jujur.
"Dari awal kita tidak akan mengakui masalah itu, contohnya isu tahaluf
siyasi. Pemahaman golongan ulama dalam PAS tentang tahaluf siyasi adalah
dengan pemahaman Islam yang sebenar mengikut feqah dengan syariat dan
rukunnya.
"Namun golongan bukan ulama memahamkan (tahaluf siyasi) dengan cara
lain dan mengaplikasinya dengan cara lain. Mereka faham dalam bentuk
satu parti dan satu gagasan yang mana PAS menjadi satu juzuk dengan
dasar-dasar PR sehingga ia dimuhasabah kerana tidak selari dengan dasar
parti-parti lain," ujarnya.
Selepas beralah dalam banyak perkara, PAS kini mula bertegas dengan DAP dan PKR, terutamanya isu hudud.
PAS enggan lagi bertolak ansur dengan tuntutan DAP dan PKR sehingga menyaksikan hubungan antara tiga perti itu kini tegang.
Malah DAP secara terbuka mengumumkan mahu memutuskan hubungan dengan
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi masih komited dengan
PAS.
Malah DAP berkali-kali menggesa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat jika parti itu tetap mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
PAS pula bertegas hudud adalah perjuangan mereka sejak sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan