KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga serta seluruh kepimpinan PAS di atas pemergian ke rahmatullah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tambahnya,
tidak dapat disangkal beliau meninggalkan khazanah ilmu serta
kebijaksanaan sebagai pendakwah dan menunjukkan karakter seorang murabbi
umat yang tidak ada tolok bandingnya.
"Kami
meletakkan Almarhum sebagai guru umat yang sangat besar jasanya bukan
sahaja dalam arena politik Islam malah juga dalam pentarbiyahan umat
yang sangat mendalam kesannya," ujarnya.
Menurutnya,
sebagai seorang ulama haraki yang menunjukkan teladan dalam kepimpinan
serta gaya hidup yang sangat sederhana telah menggariskan suatu aras
pengukuran kepada semua aktivis Islam dan kepimpinan negara yang perlu
dicontohi.
"Kami sangat tersentuh dengan contoh
teladan yang beliau tunjukkan dalam mendepani pelbagai mehnah dan
tribulasi politik tanah air di samping terus berperanan sebagai murabbi
dakwah yang luar biasa," ujarnya lagi.
Beliau
berkata, Tuan Guru merupakan seorang insan yang benar-benar
menterjemahkan pengertian 'ulama sebagai pewaris para anbiya'.
Menurutnya
lagi, pengajian yang disampaikan dalam kuliah tetapnya di bandar Kota
Bharu sarat dengan tausiah dan nasihat yang membekas kepada setiap
penuntut yang tekun mendengar huraian dan kupasan beliau.
Bliau
menambah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz layak digelar murabbi umat
berdasarkan keiltizamannya yang kukuh terhadap usaha gigihnya
mengembalikan Islam sebagai pemerintah bukan Islam yang diperintah.
"Kata-kata beliau serta respons beliau terhadap pelbagai isu umat dan negara menjadi hujah yang tidak dapat disangkal balas.
"Ilmu
dan kekuatan sahsiahnya sangat dirasai dan beliau sebagai tokoh yang
sangat inspiratif akan dilanjutkan oleh generasi mendatang," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan