MALAYSIAKINI
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka akan meneruskan
jelajah untuk meriwayatkan perkara sensasi dalam kes Liwat II ke kubu
kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim – Permatang Pauh.
Malaysiakini difahamkan, penganjur program itu bercadang untuk
mengadakannya secara tertutup untuk “jemputan sahaja” di Politeknik
Seberang Perai pada 21 Februari ini.
Promosi program tersebut dikesan tersebar di kalangan pengguna saluran
sembang WhatsApp yang meminta individu berminta mengesahkan kehadiran
mereka.
"Program Khas bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengenai isu
perundangan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim", mesej itu
dipetik.
Ketika dihubungi Malaysiakini, individu yang enggan disiarkan
namanya itu berkata, program itu bukan diadakan untuk pelajar tetapi
bagi ahli badan perhubungan BN negeri.
Program anjuran Umno Pulau Pinang itu pada awalnya dikatakan akan
diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, juga di
Permatang Pauh.
Seorang pegawai di bahagian hal ehwal pelajar kampus UiTM tersebut
ketika dihubungi mengesahkan program seumpama itu tidak akan berlangsung
di situ.
Shafee yang merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan Liwat II
mendedahkan pelbagai butiran sensasi berhubung kes itu dalam program
anjuran Pemuda Umno di Kelana Jaya pada malam tadi.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam ucapannya di program tersebut
berkata BN tidak akan berdiam diri lagi dalam kes Liwat II.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan