MALAYSIAKINI
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan peluang dalam
satu forum anjuran Pemuda Umno pada malam ini mendedahkan butiran
sensasi berhubung kes Liwat II.
Pendedahannya itu menyebabkan kalangan hadirin merah muka apabila Shafee
menceritakan mengenai perbuatan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim ke atas pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Malah, Shafee juga menceritakan bahawa Anwar “mencubit puting dada Saiful”.
Ucapannya di forum di Kelana Jaya itu turut dipancarkan secara langsung melalui laman web Akademi Kepimpinan Kapten Hussein.
Menurut peguam itu, Anwar juga bertanya kepada Saiful jika boleh mengadakan hubungan seks pada hari kejadian.
Beliau berkata, soalan itu menunjukkan bahawa kedua-duanya pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini.
Menurutnya, Saiful mengaku pernah membuat hubungan seks dengan Anwar sebanyak sembilan kali.
Butiran mengenai perbuatan seksual itu tidak pernah didedahkan di
mahkamah terbuka. Keterangan Saiful berhubung perkara itu dibuat secara
in camera semasa perbicaraan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan