Selasa, 3 Februari 2015

MIC berkubur jika lambat selesai krisis dalaman

 
MIC dalam bahaya ianya perlu penyelesaian segera.


Samy Vellu dan Palanivel


BATU CAVES : MIC dalam keadaan bahaya dan mungkin berkubur terus, jika Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel tidak mengambil tindakan dengan kadar segera, kata bekas Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu.

Menurut beliau, kepimpinan parti perlu menyelesaikan krisis dalaman yang ada dengan segera supaya sokongan kaum India kepada MIC akan terus kukuh jika tidak keadaan dalam parti akan bertambah buruk.

“Presiden mesti ambil tindakan segera, sebab beliau pemimpin nombor satu, kalau tidak saya takut suatu hari nanti parti MIC tidak ada lagi.

“Kekuatan MIC perlahan-lahan semakin jatuh, jika mereka tidak ambil tindakan MIC akan hilang sokongan,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Katanya, Palanivel yang menerajui kepimpinan MIC perlu mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku.

Pada 5 Disember lalu Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengeluarkan arahan kepada parti itu supaya mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 90 hari bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Perintah pemilihan semula MIC dikeluarkan RROS berikutan dakwaan penyelewengan yang berlaku pada perhimpunan agung parti itu di Melaka pada 30 November lalu.

Tiada ulasan: