Ahad, 15 Februari 2015

Mejar Zaidi sertai PAS

FREE MALAYSIA TODAY

Parti ini telah dekat dengan Islam.


Mejar Zaidi Ahmad


PETALING JAYA: Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat, Mejar Zaidi Ahmad menyatakan keputusannya untuk bergiat aktif dalam politik dengan menyertai PAS

Zaidi, yang sebelum ini pernah mengumumkan beliau akan menyertai Pakatan Rakyat selepas dia dipecat, berkata dia memilih PAS kerana parti itu lebih dekat dengan Islam.

Zaidi juga dilaporkan berkata dia berharap dapat memainkan peranan untuk menyatukan Pakatan Rakyat yang dilihat berhadapan dengan banyak krisis dalaman lewat kebelakangan ini.

“Saya akan cuba memainkan peranan untuk menyatukan Pakatan, terutamanya ketika hendak menghadapi pilihan raya umum,” katanya.

Mengenai kemungkinan dipilih sebagai calon pada pilihan raya, Zaidi memberitahu, ia terserah kepada kepimpinan parti untuk menentukannya.

Katanya, beliau tidak meletakkan pemilihan sebagai calon pilihan raya untuk menyertai politik tetapi sebagai pendirian tidak memihak kepada parti yang memerintah sekarang serta bekerja untuk parti.

Beliau dilaporkan berkata Pakatan sedang berhadapan dengan kepayahan selepas Ketua
Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim dipenjarakan, namun beliau berharap apa pemimpin baharu yang dapat menyatukan ketiga-tiga parti.

Pada 12 Januari lalu Mejar Zaidi didapati bersalah di Mahkamah Tentera di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013 dan dihukum buang kerja daripada perkhidmatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tiada ulasan: