Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Hariss Harun dicabar pemain Pahang Mohd Razman Roslan, ketika menanduk bola pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Hariss Harun dicabar pemain Pahang Mohd Razman Roslan, ketika menanduk bola pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama
 
 
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) berjaya merangkul kejuaraan pertama musim ini selepas menewaskan Pahang 2-0 dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2015, Piala Sumbangsih di Stadium Larkin, malam ini.

Gol pertama JDT berjaya dijaringkan oleh Marcos Antonio hasil sepakan sudut pada minit ke-36.

JDT kemudiannya, berjaya menggandakan jaringan hasil sepakan dari Luciano Figueroa pada minit ke-58.

Kemenangan ini memberi makna kepada JDT yang sebelum ini kalah dengan Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu.

Selaku juara Liga Super musim lalu, JDT dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mempertahankan gelaran mereka musim ini.

Kemenangan menentang Pahang ini pastinya akan membakar semangat anak buah Bojan Hodak untuk terus beraksi cemerlang dalam saingan Liga Malaysia 2015.