Keadaan
sebuah lori yang membawa muatan tong cat yang remuk selepas terbabit
dalam kemalangan, menyebabkan dua maut dan seorang cedera parah di
Kilometer 266.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Terowong
Menora di Ipoh tengah malam tadi. - Foto Bernama
IPOH - Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila lori
yang dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah treler di KM266.1
Lebuhraya Utara-Selatan menghala selatan, di sini, tengah malam tadi,
kata polis.
Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shaharuddin Wan Omar berkata, yang maut ialah pemandu lori M Nagalinggam, 49, dan rakannya dikenali sebagai Yusri, 20, manakala seorang remaja Mohd Saiful Nazri Noor Affandy, 19, cedera parah.
Katanya, Nagalinggam meninggal dunua di tempat kejadian manakala rakannya, Yusri, meninggal dunia di wad kecemasan HRPB.
Mohd Saiful Nazri dimasukkan ke hospital yang sama, katanya ketika dihubungi Bernama.
Wan Shaharuddin berkata, lori itu yang membawa muatan cat dengan sebahagian daripadanya bertaburan di atas jalan berikutan kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas selama beberapa jam dari terowong Menora sehingga ke Km266.1.
Ketiga-tiga mereka tersepit di dalam lori dan dibawa keluar oleh anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Ipoh dan Kuala Kangsar, kata seorang jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan