shahbudindotcom
Jika
semasa perbicaraan dulu, sudah banyak cerita pelik dan ganjil ini
didedahkan kepada umum, disiarkan dalam media dan menjadi perbualan
ramai, kini ia berterusan lagi walaupun episod mahkamah telah pun
berakhir dan Anwar sudah berada dalam penjara.
Setelah
Anwar disabitkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan serta dihukum
penjara selama lima tahun, adalah perkara biasa jika pihak yang tertuduh
merasa tidak puas hati dengan hukuman yahg dijatuhkan itu.
Sebab
itu, tiada yang hairannya jika Anwar terus menyatakan sabitan kepadanya
adalah bermotifkan politik dan bertujuan membunuh karier politiknya.
Tidak pelik juga jika ahli keluarga Anwar bersama penyokongnya terus
meluahkan simpati dan mengadakan pelbagai demo bagi membantah hukuman
itu.
Tiada yang ganjil dan luar biasa juga jika peguambela Anwar terus bercakap menyatakan rasa tidak puas hati dengannya.
Ia boleh dikatakan normal dan biasa bilamana pihak yang kalah terus bersuara dan menuntut keadilan.
Tetapi
tentulah pelik, ganjil dan luar biasa bila pihak yang menang terus
menerus bercakap cuba meyakinkan orangramai mengenai keputusan yang
telah dibuat oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan itu.
Inilah
yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim ini. Setelah beliau didapati
bersalah dan kini sedang menghuni Penjara Sungai Buloh, ketua pasukan
pendakwaraya, Shafee Abdullah ternampak begitu sibuk bercakap di sana
sini mengenai perbicaraan dan hukuman yang telah diterima oleh Ketua
Pembangkang itu.
Beliau
bukan saja bercakap dengan banyak media mengenai perbicaraan dan
hukuman yang diterima Anwar, malah tidak habis-habis menyatakan
keyakinannya bahawa Anwar memang bersalah dan sah meliwat Saiful.
Di
suatu ketika itu, Shafee yang lebih dikenal sebagai peguam UMNO juga
menyatakan beliau sanggup bersumpah di Mekah untuk membuktikan
keyakinannya bahawa Anwar tetap bersalah.
Tidakkah
perbuataan Shafee ini pelik, ganjil dan luar biasa? Apa tujuannya
beliau bercakap sedemikian rupa sedangkan beliau adalah pihak yang
menang? Bukankah Anwar sudah dijatuhkan bersalah dan menerima hukuman?
Pihak yang menang sepatutnya bergembira dan meraikan kemenangan, bukannya bersungut tidak henti-henti?
Kenapa
tak habis-habis bercakap secara terbuka cuba meyakinkan rakyat
sedangkan beliau adalah ketua pasukan pendakwaraya ketika perbicaraan
saja dan bukannya ahli politik?
Adakah
Shafee sendiri tidak yakin dan ragu-ragu dengan keputusan mahkamah itu?
Atau beliau sedang didatangkan Tuhan dengan perasaan bersalah dalam
hatinya ketika ini?
Tidak cukup dengan bercakap melalui media, pada 17 Februari ini
( Selasa), Shafee juga turut hadir memperkatakan mengenai perbicaraan
dan hukuman yang diterima Anwar itu dalam sebuah majlis dialog anjuran
Akademi Kepimpinan Kapten Hussein atau AKHI yang dipunyai oleh
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Barangkali
ada benarnya saranan bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman agar khidmat
Shafee sebagai timbalan pendakwaraya dalam kes perbicaraan Anwar segera
ditamatkan agar beliau berhenti bercakap mengenai kes yang sudah pun
berakhir itu.
Kata
Abu Talib lagi, kes Anwar ini tidak seharusnya terus mendapat komen
lanjut, sebaliknya tindakan itu seperti mengesahkan lagi dakwaan
pelbagai pihak bahawa ianya berunsur dan bermotifkan politik.
Apakah
dengan membawa Shafee hadir dalam program anjurannya itu, Khairy
Jamaluddin juga mahu orangramai terus melihat kes Anwar ini dari segi
politik?
Dengan
bersetuju hadir di program anjuran AKHI yang dinaungi oleh sebuah
entiti politik, tidak mustahil juga jika selepas ini Shafee akan turut
bersetuju hadir dalam banyak program lain anjuran UMNO bahagian dan
cawangan di seluruh negara untuk bercakap dan mewajarkan hukuman yang
telah dijatuhkan kepada Anwar itu.
Nampaknya
NGO Tibai dan "Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim" yang sudah pun
dibubarkan sehari selepas Ketua Pembangkang itu didapati bersalah atas
alasan tiada keperluan lagi meneruskannya, sudah pun ada bakal
penggantinya iaitu Shafee Abdullah, seorang peguam terkenal yang
disebut-sebut ramai sebagai bakal Peguam Negara selepas ini.
Berada di luar atau di dalam penjara, Anwar terus menghantui ramai orang dengan aura dan pengaruhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan