SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan
kini beransur pulih dan sudahpun mampu bangun untuk bertegur sapa.
Perkara itu dimaklumkan anakknya, yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh,
nik Abduh nik Ahmad menerusi laman facebooknya kira-kira jam 11 pagi
tadi.
"Alhamdulillah, pagi ini ayahanda menunjukkan reaksi lebih baik dan semakin positif terhadap semua rawatan yang diberikan.
"Ayahanda sedar awal pagi tadi, solat Subuh, minum teh O, bertanya khabar beberapa ketika dan mengukir senyum.
"Selepas tidur kembali, beliau sedar dan minta untuk minum lagi.
Perkembangan itu turut disambut gembira oleh pasukan doktor yang
bertungkus lumus memberikan perkhidmatan terbaik kepada bekas menteri
besar Kelantan itu.
"Pihak doktor gembira dengan perkembangan, cuma menyatakan rawatan rapi akan terus dilakukan untuk tempoh ini," ujarnya.
Nik Abdul Aziz, 84 dimasukkan ke unit rawatan tersebut semalam selepas
tahap kesihatannya merosot terutamanya selepas musibah banjir yang
melanda Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan